Berapa harga chatbot AI untuk bisnes di Malaysia?

Di Malaysia pada 2026, harga chatbot AI terbahagi dua: platform langganan biasanya RM150 hingga RM500 sebulan untuk bisnes kecil, manakala chatbot custom yang dibina khas untuk anda bermula sekitar RM2,500 harga tetap, dengan kos bulanan yang hampir tiada. Sistem lengkap — website, pembantu tempahan 24 jam, peringatan dan follow-up — biasanya bermula dari RM8,000.

Apa yang RM2,500 beli

Chatbot yang dilatih dengan soalan paling kerap bisnes anda terima: harga, waktu operasi, slot kosong. Ia jawab serta-merta, tangkap maklumat customer, dan hantar terus ke WhatsApp anda dengan konteks penuh. Tier ini selesaikan masalah paling mahal: enquiry yang masuk lepas waktu kerja dan tak berjawab sampai pagi.

Sistem penuh dari RM8,000

Website conversion, pembantu AI yang layak-kan customer dan terus book ke kalendar sebenar, peringatan automatik supaya customer datang, follow-up untuk customer senyap, dan dashboard untuk anda tengok semua nombor. Siap dalam 21 hari. Selalunya, seorang customer yang berjaya diselamatkan dah cover kos sistem.

Kos bulanan sebenar

Chatbot berasaskan skrip (logik tetap) boleh jalan tanpa yuran AI langsung. Chatbot berkuasa LLM biasanya makan beberapa sen setiap perbualan untuk API. Hosting di platform moden hampir percuma pada trafik bisnes kecil. Bandingkan ini dengan platform langganan yang caj dalam USD setiap bulan, selamanya.

Bila chatbot BELUM berbaloi

Kalau enquiry seminggu boleh kira dengan sebelah tangan, baiki dulu Google Business Profile dan kelajuan balasan anda. Chatbot menggandakan kemampuan anda melayan permintaan yang sedia ada — ia tidak mencipta permintaan baru.

Common follow-up questions

Chatbot ni guna nombor WhatsApp sedia ada ke?

Ya. Chatbot disambung ke nombor WhatsApp Business anda yang sedia ada. Customer tak nampak beza — cuma balasan jadi pantas, siang malam.

Kena bayar bulanan tak?

Untuk chatbot custom, tidak semestinya. Bot berasaskan skrip jalan tanpa yuran bulanan. Kalau guna AI penuh, kosnya beberapa sen satu perbualan — jauh lebih rendah dari langganan platform.

Updated 22 August 2026. I keep the numbers on this page current.

Need the website itself?

Five pages, copy written, booking or chat built in, live in 5 to 10 days. RM2,500 fixed, and you own everything.

Still have a question?

Ask me directly. Straight answers, no pitch deck.