Apa yang AI boleh uruskan
Pertanyaan yang sama setiap hari — harga, waktu operasi, slot kosong — dijawab serta-merta dari maklumat business anda sendiri. Customer yang serius diqualify dan dibook terus ke kalendar anda, walaupun pukul 2 pagi. Follow-up pula dihantar automatik kepada prospek yang senyap. Anda tidur pun, sistem masih bekerja.
Bukan ganti manusia
Aduan, rundingan, dan apa-apa yang perlukan pertimbangan tetap kerja manusia. Sistem yang baik ada butang ambil alih satu sentuhan, supaya anda boleh masuk bila-bila masa. Ringkasnya: AI jaga kerja berulang; anda jaga hubungan dan keputusan.
Demand yang bocor lepas waktu kerja
Kebanyakan pertanyaan masuk waktu malam dan hujung minggu — bila tiada siapa balas. Customer yang tak dapat jawapan takkan tunggu; dia mesej pesaing anda. Inilah kebocoran paling mahal dalam perniagaan kecil, dan ia berlaku senyap-senyap, setiap malam.
Berapa kosnya
Automasi fokus mula dari RM2,500, harga tetap. Kos operasi bulanan sangat rendah: penggunaan API biasanya beberapa sen sahaja setiap perbualan, dan hosting pada trafik SME praktikalnya percuma. Sebagai anggaran umum, business yang balas pantas dan follow-up konsisten biasanya nampak 20 hingga 40 peratus lebih tempahan dari trafik yang sama — anggaran, bukan janji.
Updated 7 August 2026. I keep the numbers on this page current.