RM29 sekali bayar
76 skrip · khas untuk ejen insurans & takaful

Prospek kata "nak fikir dulu",
pastu terus senyap?

76 skrip WhatsApp siap copy-paste khas untuk advisor. Lengkap dengan 4 bab objection paling kritikal: "dah ada polisi", "mahal", "family kata tak payah", & "dah ada MRTA". Setiap skrip siap dengan penjelasan kenapa ayat tu menjadi.

Tengok skrip & dapatkan, RM29
Ejen takafulEjen insurans hayatMedical cardHibah & wasiatUnit trust & PRSAgency leaderPart-time advisorBaru dapat lesen
Dapatkan 76 skrip RM29
> skrip-closing-takaful · 76 skrip · 12 bab
Intai contoh skrip · cuba tekan butang copy

Cara guna cukup senang:
tekan copy, terus paste kat WhatsApp

bab-4 / skrip-20 · "Nantilah, saya muda lagi"
Betul [nama], waktu tengah muda dan sihat ni memang kita rasa benda ni lambat lagi nak guna 🙂

Cuma faktor umur dan rekod kesihatan masa memohon sangat mempengaruhi kadar caruman serta kelulusan underwriting. Kalau awak sudi, saya boleh tunjukkan ilustrasi rasmi ikut umur sekarang, senang awak nak buat perbandingan awal.
Kenapa menjadi: Terangkan faktor sebenar yang mempengaruhi permohonan guna ilustrasi rasmi, tanpa perlu tabur janji manis atau takut-takutkan prospek.
bab-6 / skrip-30 · follow-up terakhir (breakup message)
Hai [nama], saya berhentikan follow-up saya kat sini dulu ya supaya tak mengganggu masa awak 🙂

Kalau satu hari nanti awak nak semak semula polisi atau perlukan apa-apa rujukan pasal takaful, WhatsApp je saya bila-bila masa. Terima kasih banyak sebab sudi luangkan masa borak dengan saya sebelum ni!
Kenapa menjadi: Tutup sesi follow-up secara profesional tanpa buat prospek rasa bersalah (guilt-trip). Prospek akan rasa lebih hormat dan selesa untuk cari anda semula.
bab-3 / skrip-11 · "Saya dah ada polisi"
Alhamdulillah, bagus sangat awak dah ada perlindungan sedia ada 🙂 Last sekali semak polisi tu bila ya?

Kalau dah lebih 2-3 tahun lepas, mungkin ada syarat atau limit yang dah tak match dengan kos hospital sekarang. Kalau awak sudi, saya boleh tolong semakkan. Polisi kekal je dengan ejen lama awak, saya tolong 'terjemahkan' apa isi dokumen tu je.
Kenapa menjadi: Raikan tindakan bijak dia yang dah ada polisi. Bawa perbualan ke arah semakan had semasa tanpa niat merampas klien ejen lain.

Dalam versi penuh, setiap satu dari 76 skrip ada butang copy macam ni, tap, paste, adjust nama. Ubah ikut syarikat dan gaya bahasa anda sendiri, bukan sekadar hafal bulat-bulat.

Buka kesemua 76 skrip sekarang RM29
Biasa kena macam ni?

3 punca paling biasa kes mati dalam WhatsApp

01

"Dah ada polisi" → terus mati

Bila prospek kata dah ada polisi, jangan terus mengalah. Minta izin buat semakan polisi secara santai, fahami perlindungan sedia ada dan bantu dia nampak perkara penting dalam dokumen.

02

"Nak fikir dulu" → terus senyap

Selalunya bukan sebab tak berminat, tapi masih ada persoalan yang belum terjawab. Guna skrip follow-up yang betul untuk cungkil keraguan sebenar dan bantu dia buat keputusan dengan tenang.

03

Follow-up bunyi macam terdesak

Hantar "Macam mana, dah decide?" 3 kali berturut-turut, prospek terus bluetick atau block. Follow-up yang berkesan sentiasa bawa sudut pandang baru, dan kami dah sediakan skripnya.

Dapatkan skrip untuk semua situasi ni RM29
Testimoni

Apa kata advisor yang dah guna

Tangkapan skrin WhatsApp: pembeli kata dulu prospek selalu ghost, sekarang guna siri follow up dan minggu ni dua prospek hidup balik, satu dah set appointment.
“Dulu prospek selalu ghost aku… Minggu ni je dua prospek yang ghost aku tu hidup balik. Satu dah set appointment.”
Tangkapan skrin WhatsApp: agen baru setahun dalam industri kata sekarang tahu nak reply bila prospek cakap nak fikir dulu, bulan ni 2 prospek lama reply balik dan satu dah sign.
“Saya baru setahun dalam industri ni, dulu bila prospek cakap ‘nak fikir dulu’ saya just bagi masa… Bulan ni dah 2 prospek lama reply balik, satu dah sign.”
Tangkapan skrin WhatsApp: agen veteran yang mula-mula skeptikal kata bab follow up dan closing paling berguna, dah 2 closing minggu ni guna skrip bab advanced objection.
“Jujurnya mula2 skeptikal je beli… Bab follow up dengan closing tu paling berguna. Dah 2 closing minggu ni guna skrip dari bab advanced objection. RM29 sangat berbaloi.”

Pengalaman pembeli sebenar. Hasil berbeza ikut individu.

Harga
RM29sekali bayar · tiada caj bulanan

Cuma RM29 sekali bayar untuk 76 skrip lengkap yang boleh anda rujuk dan sesuaikan mengikut situasi prospek bila-bila masa.

  • Versi web pantas dengan butang copy satu-tap, terus paste dalam WhatsApp
  • 76 skrip tersusun dalam 12 bab, dari mula tegur prospek sampailah lepas closing
  • Setiap skrip disertakan nota strategi "Kenapa menjadi"
  • Skrip menjawab "dah ada polisi", "mahal", "family kata tak payah", & "dah ada MRTA"
  • Akses serta-merta selepas bayaran + salinan link dihantar ke emel

Versi penuh sama format dengan contoh di atas. Akses terus dihantar ke emel anda.

🔒 Bayaran selamat melalui CHIP (FPX / online banking Malaysia)
Lagi maklum balas
Tangkapan skrin WhatsApp: pembeli kata skrip follow up padu, 2 prospek lama dah reply balik.
“Skrip follow up tu padu, 2 prospek lama dah reply balik.”
Tangkapan skrin WhatsApp: pembeli kata senang guna, copy paste tukar nama, minggu ni dah 2 sign dan skrip bab mahal selamatkan satu case.
“Senang je nak guna, copy paste tukar nama je… minggu ni dah 2 sign. Skrip bab mahal tu selamatkan satu case, ingatkan dah hilang.”

Pengalaman pembeli sebenar. Hasil berbeza ikut individu.

Apa yang anda bakal dapat

12 bab. 76 skrip.
Setiap satu siap dengan nota "Kenapa menjadi".

01
Prospecting tanpa bunyi ejen5 skrip, warm market, cold DM, dan bila dia defensif
02
Set appointment dengan kemas5 skrip: bawa dari chat ke sesi jumpa & kurangkan risiko prospek batal saat akhir
03
"Saya dah ada polisi"5 skrip, semakan percuma, group insurance, ejen kawan sendiri
04
"Nak fikir dulu / tanya pasangan"5 skrip: rungkai keraguan sebenar & cara libatkan pasangan sekali
05
"Mahal / belum mampu"5 skrip: cara susun semula ikut bajet bila prospek kata caruman mahal
06
Follow-up berkala (tanpa menyemak)6 skrip: kekal dalam ingatan prospek tanpa nampak terdesak atau memaksa
07
Closing: dari setuju sampai sain5 skrip: panduan isi borang, proses underwriting, & bayaran pertama
08
Referral & servis lepas jualan4 skrip: bina pipeline dari client sedia ada, siap dengan ayat untuk client forward
09
Situasi mencabar (Dunia sebenar)10 skrip: isu takut scam, banding ejen lain, group WhatsApp famili, minta diskaun, & ejen lama berhenti
10
Objection tahap lanjutan10 skrip: prospek susah percaya, asyik membanding, & keluarga halang ambil
11
Isu bajet & perlindungan sedia ada10 skrip: alasan dah ada MRTA, gaji tak tetap, & isu caruman naik (repriced)
12
Rujukan kerja & pantang larang6 panduan: pelan tindakan 7 hari, checklist sebelum call, mesej recap, & ayat pantang cakap
76 skrip ÷ RM29 = Tak sampai RM0.40 untuk satu skripPelaburan kecil untuk rujukan skrip yang boleh dipakai berkali-kali.
Soalan lazim

FAQ

Macam mana saya nak akses skrip ni lepas bayar?

Sebaik sahaja bayaran berjaya, link akses peribadi akan terus dipaparkan di skrin dan salinan turut dihantar ke emel anda. Anda cuma perlu bookmark link tersebut di telefon dan buka bila-bila masa tengah membalas WhatsApp prospek.

Kena highlight dan copy satu-satu ke? Lecehnya…

Tak perlu. Setiap satu daripada 76 skrip ini sudah ada butang "Copy skrip" tersendiri, tekan sekali sahaja, terus paste ke dalam WhatsApp. Sama persis macam contoh yang anda cuba di atas tadi.

Skrip ni guna bahasa apa?

Bahasa Melayu santai dan sopan, mengikut lenggok sebenar yang advisor guna bila berbual dengan prospek di WhatsApp, bukannya ayat skema macam buku teks.

Saya ejen baru dapat lesen, sesuai ke guna?

Sangat sesuai. Skrip ini merangkumi langkah dari mesej pertama sampailah cara minta referral, lengkap dengan penjelasan kenapa setiap ayat disusun sebegitu. Jadi anda dapat belajar struktur closing yang betul, bukan sekadar meniru ayat. Ejen berpengalaman pula boleh terus fokus pada bab objection dan follow-up.

Ada soalan lain sebelum beli?

Jika anda sudah membeli, boleh terus reply pada emel resit. Semua pembelian adalah muktamad kerana akses digital diberikan serta-merta.